Visi Sekolah

VISI

Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin menjadi sekolah cemerlang Zon Kluang Timur pada Tahun 2013.


MISI

Berusaha mempertingkatkan dan memperkembangkan potensi pelajar di bidang kurikulum.

Berusaha mempertingkatkan dan memperkembangkan potensi pelajar di bidang kokurikulum.

memupuk dan memperkukuhkan disiplin, melahirkan pelajar berakhlak mulia, menjadi insan yang cemerlang dan insan kamil.


MATLAMAT SEKOLAH

Menyemai semangat menuntut ilmu, mempunyai sikap berdaya saing yang tinggi ke arah kecemerlangan kepada semua warga sekolah.

Menjana modal insan yang berakhlak mulia, mempunyai kerohanian dan keperibadian yang tinggi.

Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, aman, selamat dan konduksif.


MOTO SEKOLAH

"Ilmu Nadi Kejayaan"


OBJEKTIF SEKOLAH

Meningkatkan pencapaian UPSR dari 70.5 % kepada 85% menjelang Tahun 2013.

Meningkatkan penguasaan 3M kepada 100%.

Meningkatkan pencapaian dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah dan negeri.


PIAGAM PELANGGAN

Kami komited memberi pendidikan dan peka dengan keperluan semasa untuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Mendidik semua murid dengan penuh kasih sayang, adil dan saksama.

Membimbing dan mengembangkan potensi semua murid melalui pengurusan yang profesional.

Mewujudkan iklim sekolah yang sihat, penyayang, harmonis dan ceria.