Sejarah Sekolah

Pada tanggal 1 September 1999, bermulalah projek pembinaan sekolah baru di tapak tanah No. Lot PTB 7746 seluas 7 ekar di Kampung Dato Abdul Rahman Yassin Kluang. Lokasinya terletak di kaki Gunung Lambak yang nyaman dan indah.

Setahun kemudian iaitu tanggal 29 ogos 2000, sekolah baru ini siap dibina. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan RM3.5 juta untuk projek sekolah ini. Sekolah ini dipimpin oleh Guru Besar yang pertama iaitu En. Hanif bin Ghazali.

Sekolah baru ini dikenali sebagai SK Abdul rahman Yassin, mengambil sempena nama kampung di mana ia berada. Dato' Abdul Rahman Yassin merupakan seorang tokoh ternama di negeri Johor.

Sekolah ini terdapat tiga blok bangunan iaitu Blok A, B dan C. Mempunyai 18 buah bilik darjah, bilik-bilik khas seperti makmal sains, makmal komputer, perpustakaan, bilik seni, bilik persalinan murid, bengkel kemahiran hidup, bilik perkembangan staf, bilik seminar, bilik kesihatan, pejabat dan dewan. Juga dibina sebuah bangunan kantin sekolah. Makmal komputer mula beroperasi pada tahun 2003 dengan 21 buah komputer beserta dengan kemudahan internet.

Sekolah ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 3 januari 2001, dengan jumlah murid seramai 526 orang dan 24 orang guru. Pendidikan prasekolah bermula pada tahun 2003 dengan jumlah murid seramai 25 orang dan Pendidikan Khas seramai 5 orang murid.

Semoga sekolah ini dapat memberikan manafaat kepada masyarakat sekitarnya, khasnya dalam memberi dan menjadikan wadah keceerlangan ilmu kepada semua anak didik, dengan mengikuti kesesuaian zaman dan sentiasa mendapat keredhaaan Allah s.a.w...