Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..................

Tahun 2008 telah kita tinggalkan sebagai suatu kenang-kenangan. Dengan izin Allah swt, kita kembali bertugas dengan niat "KERJA SEBAGAI SUATU IBADAH".

Kejayaan yang kita perolehi adalah merupakan hasil daripada apa yang telah kita usahakan. Semoga semangat "Kerja Sepasukan" dan "Iltizam" yang tinggi pasti akan menghasilkan kecemerlangan pada masa akan datang.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) mesti dihayati oleh semua wagra pendidik dan seterusnya dijadikan panduan.

"Budaya Kerja Cemerlang" mestilah dijadikan teras perkhidmatan di sekolah di sampng faktor-faktor yang lain bagi menjana "Sekolah Cemerlang".

Buku Panduan Tugas 2009 diharapkan dapat dijadikan panduan bagi melaksanakan program sekolah sepanjang tahun.

Sekian.. semoga kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Terima kasih.


KADAM BIN SHUKUR
Guru Besar,
SK Abdul Rahman Yassin,
Kluang, Johor.

0 comments: